Oppppsss..Sory..
Assalamualaikum semua..
Pagi ini aku rasakan sungguh sejuk. Aku bukanlah berada di Cameron mahupun di London. Aku sekarang ini ada di JB. TU...Cer tgk tajuk tu skit.Seronoknyer....yer ker????Bagi aku kat cini bleh tahan la jugak. Air cond dlm bilik nieh betui-betui sejuk. Mak & Abah aku tengah turun breakfast..Aku plak tercongok depan laptop..
Sebenarnya aku dah sampai dari semalam kat JB. Kira-kira pukul 7 pagi aku bertolak dari Kemaman, Terengganu. Sampai kat Jb pulak dalam pukul 3 kalau tak silap.
Jenuh betul nak cari hotel. Pergi sini penuh, sana pun penuh. At last, kita orang tinggal lah dekat Hotel Seri Malaysia..
Lepas check-in aku pergi kat PLAZA ANGSANA. Ada gambar yg aku tanggap tapi tak leh nak upload..
Mula-mula aku pergi cari medan selera la sebab perut dah bergendang-gendut.LAPAAAARRRR...
Mak aku kata ada 1 kedai yg sedap kat medan selera tu namanya HJ WAHID MEE REBUS..Memang bebenor la sedapnya..Nanti aku upload gambor tu..TUNGG
Destinasi hari ini pulak kat JPO (JOHOR PREMIUM OUTLET)..
Mula-mula sampai aku nampak kawasan ladang kelapa sawit. Tersergam indah satu bangunan digah-tengahnya iaitu JPO!!
Macam-macam ada kat sana. Tapi semuanyer barang branded yooopp...Memandangkan suasana hujan renyai-renyai. Suasana di dalam nya pulak ala-ITALY mungkin. Sebijik la macam negara mat salih. Tapi bezanya Tak sejuk mcm negara diorang..Ala KItakan Anak Malaysia...
Mula2 kita orang masuk ke pintu gerbang menuju ke arah papan kenyataan utama.Lepas dah abih mengadap papan tu kita orang pergi masuk kedai PADINI.SUasana dalam kedai tu memang padat jugak la katakan..Baju-baju kat situ tak adelah mahal sangat kesemuanya.Pandai2lah pilih kan..
AKu teruskan perjalanan ke kedai yg lain pulak..Mula2 kitaorang nak masuk kedai COACH, bukannyer nak beli pun.Saja nak cuci mata.Tapi oleh kerana org yg nak masuk kedai tu bratur memanjang baik tak payah..Yg aku tersangat heran tu..org sanggup menunggu sbb nak masuk kedai tu je..huh..kalu aku baik masuk kedai lain..ok..seterusnya aku bergerak pula ke kedai BURBERY.kosong ..tak de org..lps kita orang masuk berderu org lain masuk..perkerja diorang purata ramai lelaki..pakaian diorang sebijik mcm FBI.Ala mcm dalam citer org putih tu..
Namun ade 1 kedai nama MK..Beberapa kasut tumit tinggi diperbuat lining pig..hiuhh..not good to touch.



No comments:
Post a Comment