Friday, 2 November 2012

CERPEN: Bukan Salahku

  Malam ini ku rasakan begitu sunyi sepi.Walaupun bunyi cengkerik di luar rumah membuat bunyi bising aku tetap rasa sunyi. Jiwa aku sangat sunyi. Kenapa tiada seseorang pun pada saat ini sudi menemani ku.Mengapa mereka menghukum aku, padahal ini bukan salah aku.

Kesedihan ini tak dapat tertahan lagi. Aliran air mata deras membasahi pipi ini. Sering aku tertanyakan diri ku  
bahawa bila semua penderitaan ini akan berakhir. Semakin bertambah rasanya persoalan di benak ini namun tiada satu pun terjawab. Huh...

Aku mengeluh kepenatan. Bukanya kepenatan fizikal tapi mental. Mata semakin mengantuk apabila terlalu banyak aku fikirkan. Kan bagus sekiranya aku terus tidur dan tak akan bangun lagi. Selimut di hujung katil ku tarik menyelubungi tubuh yang dihambat kesejukan.

BUNYI azan di luar rumah membuatkan aku tersedar dari tidur ku. Dengan segera aku mengambil wuduk untuk solat subuh. Aku tak putus-putus berdoa agar penderitaan ini akan berakhir. Walaupun tiada siapa disisi ku namun aku masih lagi ada ALLAH.

Kenapa mereka semua cuba menjauhi aku. Aku sedar bahawa aku bersalah terhadap mak. Apabila aku teringat kan emak, pasti kisah itu bertandang di benakku...

"Sofea!!!" teriak mak

"Mana kau nak pergi.?" soal mak kepada ku.

"Ikut suka Sofea lah mak. Kenapa mak selalu mengongkong hidup Sofea.?? Mak selalu lebihkan Laila. Mak tak pernah kisah pasal perasaan Sofea. Biarlah Sofea pergi saja dari sini. Sofea tak penting pun dalam hidup
mak. Buat apa lagi Sofea kat sini. "

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak sayang mak dah ke? Mak buat apa sampai kau jadi macam ni??"

"Mak nak tau kenapa..Mak, Saya tau saya ni bodo. Belajar tak tinggi mana macam Laila. Saya macam tak dihargai. Mak selalu memuji Laila. Laila segalanya bagi mak tapi saya bukan. Saya pergi dulu. Saya tak tau bila saya akan balik."

Laju saja kaki ku melangkah pergi dari mak. Air mata mula membasahi pipi ini apabila terdengarkan tangisan mak. Bukan niat ku untuk menyakiti hati mak. Adakah aku terlalu pentingkan diri. Maafkan Sofea mak.
Waktu itu mak nampak aku berjalan dengan seorang lelaki yang mengiringi aku.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN.....

"Mak maafkan Sofea. Sofea yang salah." rayu ku pada mak.

"Baru sekarang kau nak mintak maaf lepas perut kau berisi. Apasal kau balik sini. Kenapa kau tak pergi suruh jantan yang bawak kau keluar dari sini tolong kau."

Hah..Bila masa pula aku keluar dengan lelaki hari itu. Aku keluar sorang je. Tak ada sesiapa pun.

"Mak Sofea tak tau kenapa boleh jadi macam ni. Sofea tak bersalah mak."

"Ahh..Kalau kau tak buat apa-apa kenapa jadi macam ni. Kau ingat kau ni Siti Mariam ke??"

"Pergi kau dari sini. Kau dah malukan mak.."

"Mak..Mak.." rayu ku sambil berpaut pada tangan mak. Namun ditepis oleh mak.

'Sofea tak salah mak.'

"Sudahlah kak Sofea. Kau dah malukan keluarga ni. Kan mak suruh kau blah..Jadi buat apa buat muka tak malu lagi..Blah la.." Laila sempat mengherdik aku.

Aku nampak mak berlalu pergi ke dalam. Aku hanya mampu menangis. Laila menutup pintu rumah. Kenapa semua ni terjadi. Aku bukannya bodoh sangat sampai halal haram agama pun aku tak tau. Aku tabahkan hatiku untuk bangun dan ingin berlalu seepat mungkin.

Mak dah tak percayakan aku. Mana aku nak pergi..

Setiap hari aku menangis mengenangkan nasib diri yang malang..

Adakah ini balasan yang aku dapat kerana aku telah melukakan hati mak..Maafkan aku mak..Maafkan aku..
Aku yakin semua ini ada hikmah disebalikya..

Lagu Tiada Duka Yang Abadi nyanyian Opick membuatkan hati ku tersentap..Setiap bait-bait perkataan
darinya aku hayati.

Tiada duka yang abadi di dunia,
tiada sepi merantaimu selamanya,
Malam kan berakhir,
Hari kan berganti,
Takdir hidup kan dijalani,

..........................
..........................
Namun ku percaya, hati meyakini,
Semua akan indah pada akhirnya..

...........

Apa yang harus aku lakukan..Ya Allah..Tolonglah aku..Bantu lah aku agar kebenaran akan terbongkar...

ENTAH mengapa mataku sangat mengantuk sekali lepas menunaikan solat subuh. Aku cuba untuk bertahan namun tak terdaya. Segalanya menjadi kelam. Aku hanyut di bawa mimpi...

"Kau siapa?" soal ku kehairanan apabila melihat seseorang cuba menghampiri ku. Aku gagahkan diriku untuk    
lari dari seseorang yang aku tak pasti bahawa siapakah itu. Namun orng itu berjaya menahan aku dari berlari. Aku menjerit sepuas hati kerana aku takut orang itu akan buat sesuatu yang tak baik.

Aku nampak dia mengambil sesuatu dari ku. Aku hanya berdiri kaku.Tak rasa nak kejar pun. Malah aku hanya berlalu pergi dari situ.

KRIIINGGGG!!!!!!!

Tersentap aku dari mimpi. Ohh rupanya hanya mimpi ku saja. Tapi apa yang dia ambik dari aku..Tambah lagi satu persoalan bertapa di minda ku.

Aku rasa nak jumpa mak la. Aku nak sangat mintak maaf dengan mak. Tapi kenapa mak tak percaya kat aku. Sumpah aku tak buat semua itu. Ya Allah..Engkau tolonglah aku..

"MAK..." dengan segera aku berlari ke arah mak dan terus berpaut pada kakinya..

"Buat apa kau datang kat sini lagi.!!"

"Mak maafkan Sofea mak. Sofea minta maaf kat mak sebab Sofea dah kurang ajar dengan mak. Mak tolonglah dengar penjelasan Sofea. Mak nak percaya atau tak terserahlah, tapi dengarlah dulu apa yang Sofea nak kata." rayu ku kepada mak.

Jauh di lubuk hati Mak Lijah terbit satu perasaan simpati terhadap anaknya Sofea.

Sofea berasa amat lega apablia Mak Lijah sudi untuk mendengar segala rintihannya. Terasa beban yang amat berat terlepas dari bahunya.

USAI bercerita mengenai kisah sebenar  Sofea berlalu pergi. Dia yakin bahawa Mak Lijah masih tidak mempercayainya. Dia hanya mengharapkan satu keajaiban akan terjadi. Entah bila akan tiba dia sendiri tak pasti..

Malam semakin kelam, namun Mak Lijah tak dapat melelapkan matanya. Segala yang diberitahu oleh Sofea bermain di benaknya..'Betul ke apa yang Sofea katakan?' soaln yang acap kali di ulang dalam fikirannya. Terdetik di hati kecilnya merasakan sesuatu yang tak enak.

SELESAI aku menulis surat buat mak perutku begitu perit sekali. Aku cuba berlari ke dapur untuk mencari ubat bagi menghilangkan kesakitan yang mencucuk-cucuk perutku..ARGHHH...Sakitnya..Mak...Tolong Sofea..

Selepas menelan ubat perutku beransur pulih dari sakit yang bagai dihiris pisau belati..Aku berjalan menuju ke arah bilikku. Cuba melelapkan mata. Sebelum aku tertidur




2 comments:

  1. salam, wah..sedih..cian kt Sofea, good job Amy,
    tpi, cube awak seting blog awk balik, supaya tak boleh org lain copy paste ap yg awk krya sendiri, ok..precaution step

    ReplyDelete
  2. best2.cepatlah sambung ! dop sabor nk tau bakpe ni.. :)

    ReplyDelete